Monday, 21 May 2012

Tentang Kita dan I'm Yours


Assalamualaikum bermulalah sebuah kisah Tentang Kita

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and then you're free
Look into your heart and you'll find love love love love

Lagu I'm Yours menjadi kegemaran kita pada saat itu.
 Kemudian kita print lirik lagu itu.
Malangnya agak sedikit kabur hasilnya 
tetapi masih boleh dibaca. 

Kita berehat di bawah bangunan sekolah. Lalu Rime, kawan aku
 dengan penuh yakin dia
mendendangkan lagu tersebut kepada kami
Aku pun ikut menyanyikan lagu itu. 

Harmoni yang terhasil daripada nyanyian kami agak baik.
Diiringi bersama angin yang seperti hendak 
menerbangkan kertas-kertas lirik lagu kami pada saat itu.
Suddenly..
 "Ron, kau tak pandai sebut huruf D ke? 
Kenapa kau menyanyi macam itu? Kata Rime kepada aku. 

Suara sumbangku kena ditected 
oleh artis popular dalam kelas iaitu Rime. LOL. 
Tapi ada ku kesah? Cak cak cak cak 

Suara Jay Ar dan Jefferson tidak kurang hebatnya menyanyikan lagu itu. 
Hargailah, dan bersyukurlah dengan apa-apa bakat/kelebihan yang Allah berikan kepada kita
dan salurkan ia ke tempat yang betul k. :)
Oh, indahnya bersama kalian wahai sahabatku.

 
 Rime (Tak bersongkok) dan aku :) 


Haa ni dia Jay Ar.. :D 
Senyum jer... :)


  Ni lah dia Rime.....
Segak menawan VIVA

  
Aku rindu dengan sahabat-sahabat sekelas denganku. 
Aku rindu detik-detik kita semua bergembira 
walaupun pada saat itu kita dilanda masalah masing-masing. 
Aku rindu semasa kita didenda dengan sekali rotan disebabkan salah orang lain.
 Aku rindu semasa kita didenda "masuk di bawah meja".

Semoga kita berjumpa lagi sahabatku. 
Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kita semua.
Amin Ya Rabb.


Sekian. :)


Thursday, 1 March 2012

Solat Itu Tiang Agama

Assalamualaikum wbr :)

Apa khabar? Dah solat?
Diharap semua baik-baik saja..
Dan semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Amin :)
Kali ini saya mengongsikan sebuah cerpen,
untuk sama-sama kita berfikir menilai kaca mahupun permata,
daripada Artikel ILUVISLAM.COM.
MARILAH menunaikan solat, sebagai peringatan saya sendiri juga
dan semua sahabat-sahabat. Semoga bermanfaat.
Sila baca cerpen di bawah ini ya :) ..Selamat membaca..

Aku adalah seorang anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah. Diriku diberikan pendidikan agama secara terus menerus. Sejak kecil, aku diajar untuk mengenali Islam. Tadikaku adalah sekolah agama, di peringkat sekolah kebangsaan, aku dimasukkan ke sekolah agama. Sekolah menengah ku juga disisipkan pelajaran tambahan Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran. Pokoknya, aku memang bertuah kerana diberikan nafas Islam dalam hidupku.

Aku menginjak awal remaja, seterusnya cukup umur untuk diwajibkan menunaikan solat. Namun, hatiku berasa berat untuk menunaikan solat. Aku hanya mengangguk apabila ibu bapaku bertanya apakah aku sudah menunaikan solat. Aku mengunci diriku di dalam kamar buat beberapa ketika dan keluar hanya untuk memberitahu yang kononnya aku sudah solat. Pernah juga ibu bapaku ragu dengan kenyataanku, namun aku berjaya meyakinkan mereka.

Beberapa program motivasi telah aku sertai, namun semuanya hanya berjaya menanamkan rasa untuk solat dalam diriku untuk masa yang sangat singkat. Selepas itu, aku teruskan tabiat lamaku. Aku lebih rela menipu daripada menunaikan solat. Betapa kuatnya pengaruh syaitan ke atas diriku.
Hari berganti hari. Hatiku sering dilanda resah tanpa sebab. Kadang kala, aku rasa ingin menangis, namun tiada alasan mengapa. Diriku terasa sedih, pilu, gelisah dan kosong. Perasaan itu semakin kuat kesannya apabila aku bersendirian. Namun, tak terlintas dalam hatiku apa sebabnya.
Satu petang maghrib, aku melihat adikku melepak dan bersembang di birai katil. Aku berasa agak pelik kerana sepatutnya sekarang mereka sudah solat, lalu aku mengarah mereka untuk mengambil wudhu' dan pergi untuk menunaikan solat. Dengan langkah longlai, mereka menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan solat.

Mungkin sudah ketentuan Allah, sedang aku melihat adik-adikku khusyuk solat, terdetik di benakku, " Kenapa aku menyuruh adik-adikku bersembahyang sedangkan diriku tidak sembahyang?".
Tiba-tiba hatiku luruh. Aku diam tanpa kata. Perasaan sebak memenuhi rongga dadaku. Ya, benar kata benakku. Aku menyuruh adikku menunaikan solat walaupun mereka belum akil baligh, tapi aku yang sepatutnya menyembah Allah yang Maha Esa tidak pula menunaikan kewajipanku. Tanpa ku sedari, air mata luruh di pipi.

Pantas kakiku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu', dengan rasa keinsafan yang terbit dalam sanubari, aku mengangkat takbir untuk pertama kalinya dengan hati yang penuh ketenangan. Setiap rukukku, sujudku terasa begitu bermakna. Bacaan Al-Fatihahku terasa begitu sayu. Betapa sebenarnya rohaniku rindu pada Allah. Betapa jiwaku sebenarnya meronta ingin menghadap Allah. Betapa sebenarnya aku mahu solat.
Tidak lama kemudian, tiba pula bulan Ramadhan. Aku bertekad untuk belajar memenuhi solat 5 waktu sepanjang bulan itu. Aku melawan nafsuku semata-mata untuk menunaikan solat. Hatiku menjadi lebih tenteram. Jiwaku tenang. Tiada lagi keresahan merundung jiwa. Kini aku tahu mengapa hati sering dibelenggu kesedihan. Aku rindukan Allah. Aku terlalu merinduiNya...
Kini, aku merasakan hari-hariku lebih bermakna dengan kehadiran rakan baik baruku, SOLAT. Aku berharap hidupku akan terus dipenuhi solat, tak kisahlah yang wajib atau yang sunat. Amin.




P/S : Solat itu tiang agama..Bukan keturunan yang mencerminkan siapa kita akan tetapi IMAN dan TAQWA.. Muhasabah diri.. :) Semoga Allah memberikan petunjuk untuk kita semua.

(Perkongsikan sebuah cerpen daripada - Artikel ILUVISLAM.COM).

Antara Fail dan Cuti SEM

Assalamualaikum wbr :)

Pagi2 lagi kat kelas dihiburkan dengan suara nyanyian daripada seseorang..
Emmmm suara dia agak merdulah sikit2..
Suara siapakah itu? Suara itu adalah suara sahabat saya sendiri..
Sahabat saya seorang ini, dia selalu sahaja cakap pada saya seperti ini,
"Kau ketawa Roni?" Apabila sahaja saya senyum dan ketawa..
Saya anggap itu adalah "tagline" beliau. Haha agak unik saya rasa :)
Well masing2 ada cara tersendiri untuk menonjolkan first impression kan..Haha
Terpaksa saya menjoin mendengar nyanyian beliau tadi.. :D
Time gelak saya ikut gelak, time cerita saya ikut cerita.. Haha kelakar..
Ok baiklah berbalik kepada tajuk utama..

Saya sangat happy hari ni, coz hari ni start cuti dah..
Pelajar2 boleh balik ke kampung halaman masing2.. :)
Tak sabar nak balik gak..
And.. Hari ni kat class plak kitorg kena menyibukkan diri dengan fail2 masing2..
Yala fail tu penting kan.. Dlm fail tu semua assignment kitorg..
Then hantar ngan lecturer, lecturer kitorg bernama Miss Marnisah :) ..


Walaupun tengah sibuk failing tugasan, tapi sempat lagi melayani karenah sahabat2 
di laman sosial Facebook. Bak kata pepatah, "Sambil menyelam minum air"lah katakan. Hehe :)


Berusaha untuk menyiapkan fail. Haha Chia yo!
  

Alhamdulillah fail saya dah complete.. And telah pun saya send ngan lecturer.. Wow happy!
Selesai satu tugasan! So, sekarang nak fikir macam mana nak balik kampung hari ni. Haha gurau je..
Awal bah. :D

Study ni best, cuti pun best. Seimbangkan jela kan time study and time cuti.. Haha..
Yang penting time cuti tu ingat2 lah jgk pelajarankan, BUKU jangan ikut cuti jugak..
Means sambil cuti tu study sendirilah kat rumah..
Curi2 masa untuk baca buku ilmiah ke, baca something yang berfaedah,
ulang kaji pelajaran ke kan. Coz masa itu emas.
Haaa jangan korg sangka pulak masa itu betul2 sebijik dengan emas yang mak kita guna, LOL. XD
Tu cuma perumpamaan jak bah, haha pendek kata masa tu "penting" jangan sesekali sia-siakan ia..
(Jam tangan buatan emas mmg ada OK jangan memain). :D
Emas itu berharga, begitu juga dgn masa tau tak.. Haha..

Anyway teruskan jela study, sebab perjalanan masih jauh,
and banyak lagi yang perlu diterokai. Jangan ponteng kelas,
sentiasalah sibukkan diri dengan menuntut ilmu. Untuk peringatan kita bersama. :)
May be suatu saat nanti kita ingin sekali untuk kembali study lagi, bersuka ria dengan kawan2..
Bersama-sama belajar (study group) dengan kawan2.. 
Tapi persoalannya bolehkah kita mengundurkan masa?
Bolehkah kita kembali study seperti dulu? Semestinya tidak. Fikirkanlah.
So, hargailah masa sekarang ini. Jgn biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Muasabah diri untuk peringatakn kita bersama Jom study!

Good Luck buat diri sendiri. And good luck sahabat semua.
Fighting for final exam anak-anak SBT. Haha.
Jumpa lagi pada 19 mac 2012. :) InsyaAllah.
Salam.